Tuesday, December 15, 2009
Hanif bercuti..
Monday, December 14, 2009
Jom bergambar
yang si merak putih ni lagi la kacau.. sedang saya dok focus, cari the best angle, terkial-kial adjust zooming yang sesuai disebabkan dia berada di dalam cage.. bila dah cantek punya adjust tak semena-mena dia membelakangkan kamera.. sungguh kurang sopan..
saya akan terus mencuba.. :-)
Monday, November 16, 2009
AYAM HUTAN
Ayam hutan.. di antara makhluk Allah yang sangat cantik diciptakan.. dlm bahasa saintifik digelar gallus gallus.. dlm bahasa inggerisnya junglefowl..Di kampung saya, hingga hari ini masih berpeluang mendengar merdu suara kokokan ayam hutan bersahut-sahutan di belakang rumah.. kalau la saya boleh berbahasa ayam, ingin sekali saya sampaikan kepada mereka 'syyhhh jangan kokok kuat sangat ayam.. nanti manusia kanibal tu dengar, mereka akan tembak kau, mereka nak makan daging kau anak beranak'
walaupun ayam hutan termasuk di dalam senarai 'haiwan lindungan' tetapi hari demi hari nasib unggas ini kian meruncing.. entah apa lah yang merasuk hati sesetengah manusia.. bagaikan dilanda darurat kebuluran hingga terpaksa menjadikan ayam hutan sebagai makanan.. walhal, ayam hutan ni bukan nya ada daging sangat pun.. keras pulak tu.. kalau ada yg mendakwa dagingnya boleh dijadikan ubat la, penawar la.. saya rasa, pegi jer la klinik.. kalau tak suka perubatan moden, klinik homeopathy pun bercambah-cambah.. keajaiban daging ayam hutan sekadar mitos semata-mata.. mereka ni hanyalah unggas biasa yang hidup liar.. biar lah mereka hidup dengan aman di hutan.. mereka langsung tidak mengancam kehidupan manusia dan tidak mencemar alam..
ada pulak cerita lain yang pernah saya dengar tentang ayam hutan ni.. mereka ni sebenarnya ada 'penjaga' di kalangan makhluk halus.. sesiapa yang sembarangan memburu ayam hutan tanpa terlebih dahulu 'meminta izin', akan menerima 'padah'.. antara 'padah' nya, ada pemburu yang tertembak sesama sendiri, ada yang terkena sakit misteri, ada pulak yang ahli keluarganya seperti dirasuk, dan macam-macam lagi kisah dan pengalaman masing-masing...
pengalaman yang dialami sendiri oleh ahli keluarga saya pun ada.. kejadian yang berlaku berpuluh-puluh tahun lalu.. pada suatu hari, ayah saya menembak ayam hutan.. sebelum ayah saya tiba di rumah dengan 'hasil' buruan, emak saya tiba-tiba kena demam panas dan rebah di rumah.. mujur pada waktu itu datuk dan nenek saya ada.. antara sedar dan tidak, emak saya meracau menyebut "jangan ambil ayam orang" beberapa kali.. bila ayah saya sampai bersama ayam hutan, emak saya terus tidak sedarkan diri.. datuk saya bertanya ayah saya tempat ayam itu dijumpai.. datuk saya segera mengambil ayam hutan yang telahpun ditembak dan disembelih itu lalu dibungkus dengan kain.. datuk saya berjalan laju menuju ke hutan.. tak lama kemudian, emak saya pun sedar dari pengsan.. beberapa hari selepas itu, emak saya pun sembuh.. dari cerita datuk saya, ayam yang disangka telah mati itu sebenarnya masih hidup dan terbang seolah-olah tanpa sebarang kecederaan apabila dilepaskan.. ajaib dan misteri betul ayam hutan ni!!